BEIRUT, 8 November- Hizbullah menyasarkan sebuah pangkalan tentera laut berhampiran bandar Haifa yang diduduki secara haram oleh Israel, dengan peluru berpandu hari ini, serangan kedua dalam tempoh kurang 24 jam.
Kumpulan dari Lubnan itu memaklumkan ia menyasarkan pangkalan tentera laut "Stella Maris" di barat laut Haifa dengan serangan peluru berpandu "sebagai balasan terhadap serangan dan pembunuhan yang dilakukan oleh musuh Israel."
Semalam, Hizbullah turut mengesahkan serangan lain di kawasan sama.
Dalam kenyataan berasingan, kumpulan itu menyatakan ia juga menyasarkan pangkalan udara Ramat David di tenggara Haifa dengan peluru berpandu.
Israel mula menyerang Lubnan sejak akhir September lepas dan mengorbankan lebih 2,600 penduduk negara itu. -AFP