fb fb fb fb fb

Helikopter tentera AS mendarat cemas atas sawah padi

FOTO REUTERS/FMKAON via SPECTEE

KANAGAWA, 3 Ogos- Sebuah helikopter milik tentera laut Amerika Syarikat (AS) dilapor melakukan pendaratan cemas di kawasan sawah padi di sini, Jepun hari ini.

Menurut polis wilayah, laporan mengenai kejadian itu diterima sekitar pukul 11.00 pagi dan setakat berita ini ditulis, punca pendaratan cemas berkenaan tidak dinyatakan.

Ia berlaku di Ebina City, tidak jauh dari pangkalan tentera AS Atsugi di Tokyo.

Helikopter tersebut kemudian berlepas semula dari tempat kejadian. Tiada kecederaan dilaporkan. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA