fb fb fb fb fb

Lebih 30 terbunuh dalam serangan Al-Shabaab di pantai

Mayat seorang wanita yang dibawa oleh sekumpulan lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa/ AFP

MOGADISHU, 3 Ogos- Pengunjung sebuah pantai di ibu negara Somalia, dekat sini, berdepan detik cemas apabila kawasan yang sedang sibuk itu dibom dan diserang beberapa lelaki bersenjata dari kumpulan pengganas Al-Shabaab.

Seramai lebih 32 orang awam terbunuh dan sekitar 63 yang lain cedera, dengan sebahagian mangsa kritikal dalam kejadian lewat semalam, kata polis hari ini.

Murut saksi dan polis, seorang penyerang meletupkan bom di sepanjang Pantai Lido, sebelum penyerang lain bersenjata api menyerbu kawasan itu.

"Pengganas tanpa belas kasihan menembak orang awam secara rawak. 

"Lima lelaki (golongan) 'khawarij' bersenjata dibunuh, dan ahli keenam meletupkan diri di pantai. Kepungan telah ditamatkan," kata pegawai polis, Mohamed Omar.

Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu menerusi laman web pro-Shabaab. Ia telah melancarkan pemberontakan berdarah terhadap Kerajaan Somalia selama lebih 17 tahun. -AFP

SITI AISHAH MD ISA