PORT-AU-PRINCE, 12 Julai - Hampir 5,000 orang dilaporkan terbunuh di Haiti sejak Oktober 2024 akibat keganasan kumpulan bersenjata khususnya di sekitar ibu negara, Port-au-Prince, menurut laporan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR).
Dalam Laporan yang diterbitkan pada Jumaat itu, seramai 4,864 individu dilaporkan maut antara Oktober 2024 hingga Jun 2025, akibat peningkatan konflik yang melibatkan kumpulan jenayah.
Manakala lebih 1,000 daripada kematian berlaku di Port-au-Prince dan kawasan sekitarnya.
Kumpulan bersenjata kini menguasai banyak kawasan di seluruh Haiti, menyebabkan pasukan keselamatan tempatan tidak mampu mengawal keadaan.
Situasi itu turut menyebabkan agensi bantuan antarabangsa mengurangkan operasi serta memaksa puluhan ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka.
Sektor kesihatan turut terjejas apabila beberapa hospital ditutup, termasuk Hospital Universiti Mirebalais.
Dianggarkan kurang 25 peratus kemudahan kesihatan di sekitar Port-au-Prince masih beroperasi, menurut anggaran PBB. - REUTERS