GAZA, 1 Jun- Kumpulan Hamas telah menyerahkan maklum balas rasmi terhadap cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Utusan Asia Barat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Steve Witkoff kepada para perantara.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, berdasarkan cadangan tersebut, mereka akan membebaskan 10 tebusan yang masih hidup serta menyerahkan 18 mayat.
Ia sebagai pertukaran kepada pembebasan sejumlah tahanan Palestin oleh Israel, mengikut jumlah yang telah dipersetujui.
Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri Israel belum memberikan sebarang maklum balas terhadap perkara tersebut.- REUTERS