CATANIA, 1 Jun- Aktivis alam sekitar terkenal, Greta Thunberg menyertai persiapan pelayaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza selepas cubaan sebelum ini digagalkan oleh serangan dron beberapa minggu lalu.
Dianjurkan oleh 'Freedom Flotilla Coalition' (FFC), Thunberg turut disertai pelakon siri popular 'Game of Thrones', Liam Cunningham, bersama puluhan sukarelawan lain dalam misi kedua menaiki kapal Madeleen.
Kapal tersebut dijadual berlepas dari Pelabuhan Catania, Itali, hari ini.
Misi pertama FFC pada 3 Mei lalu terpaksa dibatalkan selepas kapal Conscience mengalami kerosakan teruk akibat serangan dron di perairan antarabangsa berhampiran Malta.
Penganjur mendakwa serangan itu dilakukan oleh rejim Zionis Israel.
Bagaimanapun, sehingga kini Kementerian Luar Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung perkara tersebut.- REUTERS