CIREBON, 31 Mei - Insiden runtuhan kuari batu kapur di Jawa Barat, Indonesia.
Setakat ini mayat 10 pekerja sudah dijumpai manakala lebih 20 pekerja masih terperangkap .
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia memaklumkan pasukan penyelamat turut mengeluarkan lebih 12 individu cedera dan terperangkap di bawah runtuhan.
Enam daripada mereka dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan serius.
Usaha pencarian berdepan halangan susulan keadaan tanah tidak stabil dengan ia berisiko menyebabkan berlaku runtuhan.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca runtuhan dan sedang menjalankan soal siasat ke atas pemilik dan pekerja kuari itu.
Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi berkata tapak kuari berkenaan berbahaya dan tidak memenuhi piawaian keselamatan untuk pekerja. - Reuters