fb fb fb fb fb

151 maut, ribuan terjejas akibat banjir di Nigeria

Foto REUTERS

NIGER, 1 Jun- Banjir yang melanda Niger, Nigeria minggu ini telah meragut 151 nyawa dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing, menurut pegawai agensi kecemasan kepada REUTERS.

Pengarah Maklumat Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger, Ibrahim Audu Hussaini memaklumkan jumlah korban itu meningkat daripada 117 yang dilaporkan pada Jumaat.

Beliau turut memaklumkan lebih 500 isi rumah terjejas dan lebih 3,000 penduduk terpaksa berpindah.

Kejadian banjir berlaku di bandar Mokwa, di wilayah tengah negeri tersebut, bermula Rabu lalu dan berlarutan hingga pagi Khamis.

Pasukan penyelamat masih giat melakukan pencarian mangsa di kawasan lumpur dan runtuhan.– REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM