fb fb fb fb fb

Hamas, Israel bebaskan lebih ramai penduduk, lanjut gencatan senjata

Pembebasan tahanan antara Hamas dan Israel/REUTERS

GAZA, 29 November– Hamas dan Israel dijangka membebaskan lebih ramai tebusan dan banduan pada Rabu iaitu hari terakhir gencatan senjata enam hari dalam konflik di Gaza.

Kumpulan pejuang Palestin dan kumpulan Jihad Islam membebaskan 12 tebusan pada Selasa, menjadikan jumlah yang dibebaskan sejak gencatan senjata bermula pada Jumaat kepada 81 individu. Mereka kebanyakannya wanita dan kanak-kanak Israel bersama warga asing.

Selepas mereka diserahkan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), tentera Israel berkata, tebusan yang dibebaskan pada Selasa, terdiri daripada 10 wanita Israel dan dua warga Thailand.

Mereka kemudian berpindah ke hospital Israel kerana mereka akan bertemu dengan keluarga. Tebusan berusia 17 hingga 84 tahun dan termasuk sepasang ibu dan anak perempuan.

Israel turut membebaskan 30 warga Palestin dari Penjara Ofer di Tebing Barat yang diduduki dan pusat tahanan Baitulmaqdis. Kelab Banduan Palestin, sebuah pertubuhan separuh rasmi, berkata separuh daripada yang dibebaskan adalah wanita dan selebihnya adalah lelaki remaja. Itu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang dibebaskan bawah gencatan senjata itu kepada 180.

Israel berkata gencatan senjata boleh dipanjangkan lagi, dengan syarat Hamas terus membebaskan sekurang-kurangnya 10 tebusan Israel setiap hari.

Rundingan diperlukan bagi membebaskan sekurang-kurangnya beberapa lelaki Israel.

Tebusan itu antara kira-kira 240 orang yang ditangkap Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober.

Pengeboman Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih 15,000 penduduk Gaza, kata pihak berkuasa kesihatan di sana.

Qatar menjadi pengantara rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel yang menyebabkan gencatan senjata pada Selasa.

Pertemuan itu bertujuan untuk "meneghentikan isu kemanusiaan dan untuk memulakan perbincangan lanjut mengenai fasa seterusnya", kata sumber yang diberi taklimat mengenai lawatan itu kepada Reuters.

Secara berasingan, Menteri Luar Kumpulan Tujuh pada Selasa menyeru untuk melanjutkan gencatan senjata selain memberikan lebih banyak bantuan kemanusiaan.

Kira-kira 159 tebusan kekal di Gaza. White House berkata, ia termasuk lapan hingga sembilan rakyat Amerika. Jurucakap keselamatan negara A.S. John Kirby berkata AS berharap Hamas akan membebaskan lebih ramai rakyat Amerika, dan kerajaan AS akan bekerjasama dengan Qatar untuk melanjutkan gencatan senjata.

"Kami mahu semua tebusan dibebaskan bagi melakukan gencatan ini," kata Kirby kepada pemberita pada Selasa.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI