BEIRUT, 29 November- Seorang pegawai kanan Hamas menjemput jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk untuk melawat Gaza dan melihat sendiri tahap kemusnahan yang disebabkan oleh pengeboman Israel.
"Kami menjemput beliau melawat Gaza untuk melihat sendiri kemusnahan yang dilakukan terhadap penduduk Gaza," kata pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan dalam sidang media di Beirut.
Elon Musk pada Isnin diserang kerana menyokong dan melawat Hamas selain mengisytiharkan komitmennya untuk melakukan apa sahaja yang perlu untuk menghentikan penyebaran kebencian.
Musk meru[akan pemilik platform media sosial X.
Komen Hamdan muncul sehari selepas gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas dilanjutkan selama 48 jam tambahan.
"Dalam tempoh 50 hari, Israel menjatuhkan lebih 40,000 tan bahan letupan ke atas rumah penduduk Gaza," katanya.
"Saya menyeru Presiden AS Biden untuk mengkaji semula hubungan AS dengan Israel dan berhenti membekalkan mereka dengan senjata."
Bercakap mengenai kemusnahan Gaza sejak konflik bermula pada 7 Oktober, Hamdan menggesa masyarakat antarabangsa segera menghantar pasukan pertahanan awam khusus untuk membantu mendapatkan mayat yang masih terperangkap di bawah runtuhan. Menurut Kementerian Luar Palestin, beribu-ribu masih terperangkap.
Gencatan senjata yang dipersetujui minggu lalu adalah penghentian pertama dalam pertempuran dalam tujuh minggu sejak Hamas konflik bermula.
Israel telah mengebom kawasan enklaf dan melancarkan serangan darat di utara dan mengakibatkan 16,000 rakyat Palestin terbunuh, kata pegawai kesihatan Palestin, manakala ratusan ribu kehilangan tempat tinggal.- REUTERS