fb fb fb fb fb

"Hamas bukan pengganas tetapi Mujahideen tanah air" - Erdogan

Recep Tayyip Erdogan/Reuters

ANKARA, 26 Oktober- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa Hamas bukan pertubuhan pengganas, sebaliknya adalah kumpulan pembebasan yang sedang berjuang untuk melindungi tanah air.

Erdogan mengecam Israel sebagai mengambil kesempatan daripada niat baik Turkiye dan beliau berikrar tidak akan berkunjung ke Israel seperti dirancang sebelum ini.

“Hamas bukan pertubuhan pengganas tetapi kumpulan pembebasan, kumpulan Mujahideen yang berjuang untuk melindungi tanah air dan rakyatnya," katanya ketika berucap di parlimen.

Sebelum ini, Turkiye menyatakan sokongan terhadap penyelesaian dua pihak mengenai konflik Palestin-Israel yang sudah berdekad lamanya.

"Saudara sekalian, kami mempunyai niat baik tetapi ia (Israel) mengambil kesempatan daripada niat kami itu. Kami mempunyai rancangan untuk pergi ke Israel, tetapi ia dibatalkan. Kami tidak pergi.

"Jika diteruskan niat yang baik itu, hubungan kami (Turkiye-Israel) mungkin telah berbeza tetapi sekarang, malangnya, itu tidak akan berlaku," ujarnya lagi.

Ankara mengukuhkan pendirian berkenaan terhadap Israel seiring peningkatan pertempuran dan krisis kemanusiaan di Gaza.

"Hei Israel, anda mungkin sebuah organisasi kerana barat berhutang banyak kepada anda. Tetapi Turkiye tidak berhutang apa-apa kepada anda," tegas beliau. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA