fb fb fb fb fb

Hamas bebaskan dua lagi tahanan

(FOTO www.nbcnews.com)

GAZA, 24 Oktober- Dua sayap kumpulan pejuang Hamas berkata kumpulan berkenaan membebaskan dua lagi tahanan wanita atas dasar kemanusiaan.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida dalam satu pengumuman menerusi telegram pada isnin berkata keputusan membebaskan dua tahanan tersebut atas faktor kemanusiaan dan kesihatan.

Menurut Abu Ubaida, dua wanita berkenaan dikenali sebagai Nurit Yitzhak dan Yochved Lifshitz merupakan warga Israel dibebaskan hasil pengantaraan kerajaan Mesir, kata Pusat Informasi Palestin.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua tahanan berkenaan merupakan tahanan yang enggan diterima oleh rejim Israel sebelum ini.

Dalam perkara berkaitan, agensi berita rasmi Mesir berkata, kedua-dua tahanan berkenaan dibebaskan pada petang Isnin oleh Briged Al-Qassam telah tiba di sempadan Rafah-Mesir.

Pasukan Palang merah Antarabangsa turut membantu dengan menyediakan pengangkutan bagi membawa keluar kedua-dua tahanan keluar dari Gaza.

Perkembangan terbaharu itu susulan pembebasan dua warga Amerika Syarikat (AS) atas faktor kemanusiaan hasil pengantaraan kerajaan Qatar pada Jumaat lalu.-www.presstv.ir

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD