RIYADH, 24 Oktober - Perang antara Israel boleh membawa implikasi buruk terhadap pemkembangan ekonomi global, kata Presiden Bank Dunia, Ajay Banga semasa persidangan pelabur di Arab Saudi pada Selasa.
"Apa yang berlaku di Israel dan Gaza ketika ini bakal memberi impak yang serius terhadap perkembangan dan pembinaan ekonomi dunia", kata Ajay Banga ketika berucap pada program tahunan Inisiatif Pelaburan tahunan yang selalu dijuluki sebagai "Davos di padang pasir".
Kira-kira 6,000 delegasi menyertai program yang berlangsung selama tiga hari yang turut menampilkan Ketua-ketua bank global dan beberapa kenamaan seperti Presiden Korea Selatan dan Kenya.
Keganasan yang berlaku di Israel dan Gaza dilihat menjejaskan visi yang diperjuangkan Arab Saudi dalam menjadikan rantau Asia Barat lebih stabil dan makmur.-AFP