fb fb fb fb fb

Guru protes, tentera dikerah ke Lapangan Terbang Mexico

Tangkap layar X kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City (AICM)/ REUTERS

MEXICO, 24 Mei- Anggota tentera dikerahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City pada Jumaat susulan perarakan kumpulan guru yang menuju ke terminal sebagai sebahagian daripada siri protes berlarutan selama beberapa hari.

Terdahulu, para penunjuk perasaan bertindak mengganggu aliran trafik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City (AICM) apabila beberapa laluan utama disekat.

Ia sekali gus menyebabkan penumpang menghadapi kesukaran untuk sampai ke terminal.

AICM menerusi hantaran X memaklumkan, anggota daripada pelbagai agensi keselamatan telah digerakkan bagi memastikan keselamatan para penumpang terjamin.

"Bagi menjamin keselamatan penumpang, pengguna, harta benda serta infrastruktur, langkah-langkah keselamatan dikekalkan dengan kehadiran anggota Unit Perlindungan Lapangan Terbang Tentera Laut, Perkhidmatan Perlindungan Persekutuan.

"Ia termasuk syarikat keselamatan swasta yang dilantik pihak lapangan terbang. Semua pihak ini bekerjasama secara bersepadu bagi melindungi akses ke kedua-dua terminal," menurut hantaran itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI