fb fb fb fb fb

Gunung berapi Popocatepetl Mexico meletus, penduduk berjaga-jaga

MEXICO, 3 Februari - Gunung berapi Popocatepetl Mexico memuntahkan abu dan gas pada Rabu lepas, memaksa penduduk berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Rakaman kamera dron menunjukkan saat abu dan gas keluar dari kawah, yang dilihat dari bandar berdekatan iaitu, Santiago Xalitzintla.

Pihak berkuasa tempatan, ahli majlis Camilo Vazquez berkata bantuan daripada pihak berkuasa diperlukan sekiranya orang ramai perlu mengosongkan kediaman masing-masing.

Letusan Popocatepelt meningkat sejak kebalakangan ini, dengan menunjukkan tahap amaran berada pada peringkat kuning, menurut Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan Mexico (CENAPRED).

(FOTO REUTERS)

Popocatepetl mempunyai ketinggian 5,426 meter (17,802 kaki) dan merupakan gunung kedua tertinggi di Mexico dan kelima tertinggi di Amerika Utara. - REUTERS

Media Baharu