GUATEMALA, 6 Jun- Lebih 500 penduduk dipindahkan selepas gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah, Fuego memuntahkan gas dan abu semalam.
Menurut Agensi penyelarasan bencana Conred, penduduk dipindahkan ke tempat perlindungan sementara yang terletak kira-kira 35-kilometer dari wilayah Guatemala City.
Semua sekolah serta jalan yang menghubungkan selatan negara itu ke bandar Antigua juga diarah tutup.
Terdapat beberapa siri pemindahan besar-besaran sedemikian dilakukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana Fuego meletus, termasuk pada Mac lepas.
Pada 2018, lebih 200 orang terbunuh akibat letusan gunung berapi itu.-AFP