(Foto Reuters)
MOSCOW, 13 Ogos- Kebakaran besar yang berlaku di sebuah gudang baja di bandar Ramenskoye di wilayah Moscow, pada Ahad, telah berjaya dipadamkan.
Demikian menurut agensi berita Rusia memetik perkhidmatan kecemasan negara itu.
Video kebakaran yang disiarkan secara dalam talian sebelum ini menunjukkan asap hitam tebal dapat dilihat dari jarak ratusan meter.
Bagaimanapun, Reuters dalam laporannya tidak dapat mengesahkan lokasi atau tarikh video dan foto dirakam.
Menurut agensi berita negara TASS, pejabat pendakwa wilayah Moscow berkata punca awal kebakaran disebabkan melanggar keperluan keselamatan kebakaran semasa kerja kimpalan.
Semua pekerja telah meninggalkan premis tersebut.-REUTERS
(Foto Reuters)