fb fb fb fb fb

Guatemala tumpaskan sindiket pemerdagangan migran

Anggota Penyiasat Polis Sivil Kebangsaan Guatemala mengawal anggota polis semasa tiba di mahkamah

 Guatemala City, 2 Oktober- Pihak berkuasa Guatemala pada Selasa menumpaskan rangkaian jenayah, dengan polis antara dalang bertanggungjawab menyeludup pendatang ke Amerika Syarikat.

Menteri Dalam Negeri Francisco Jimenez memaklumkan, 36 orang termasuk 23 pegawai dan dua pesara polis telah ditahan dalam operasi yang melibatkan 34 serbuan di ibu negara dan bandar lain.

Menerusi kenyataan di platform X, Jimenez berkata sindiket berkenaan merasuah pegawai polis untuk menjamin laluan keluar pendatang.

Jimenez berkata operasi itu adalah sebahagian daripada strategi kerajaan Presiden Bernardo Arevalo, bertujuan mengesan dan membongkar struktur pemerdagangan manusia bukan untuk menjenayahkan pendatang.

Kedutaan Amerika Syarikat di Guatemala berkata operasi itu membongkar rangkaian yang mengeksploitasi hampir 10,000 migran.

Operasi juga melibatkan rampasan dana haram, peranti elektronik dan senjata api,

Amerika Tengah berfungsi sebagai koridor untuk migran dari pelbagai bahagian dunia yang ingin memasuki Amerika Syarikat.

Pendakwaraya Marvin Orellana berkata rangkaian itu telah memindahkan pendatang antaranya dari Rusia, China, Ecuador, Venezuela, Cuba, Haiti, Vietnam dan banyak lagi.

Trainee2