KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Konvoi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla bersiap siaga terhadap sebarang serangan dari rejim Israel, kata aktivis, Ada Colau.
Bekas Datuk Bandar Barcelona itu berkata dua kapal tentera Israel menghampiri bot yang menyertai misi itu.
Turut dikesan sebuah kapal selam yang menghampiri kapal dinaiki, membawa ancaman kepada aktivis.
"Kru kapal percaya ia mungkin merupakan tindakan untuk menakut-nakutkan peserta misi supaya tidak mendekati wilayah Palestin," katanya.
Penganjur Global Sumud Flotilla memaklumkan semua peranti navigasi dan komunikasi gagal berfungsi.
Bagaimanapun beberapa saluran komunikasi berjaya dipulihkan.
Rejim Israel tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.
Kapal-kapal terlibat difahamkan telah memasuki zon merah peringkat tiga menuju Gaza.
Misi yang membawa bantuan kemanusiaan itu terdiri daripada 40 kapal yang membawa 500 peserta, termasuk ahli parlimen, peguam dan aktivis serta aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg.
Malaysia antara negara yang terlibat secara langsung dalam misi Global Sumud Flotilla. - REUTERS