fb fb fb fb fb

Greta Thunberg antara 70 aktivis GSF dibebaskan

Aktivis Greta Thunberg dibebaskan dan akan berlepas ke Greece hari ini /AFP

ATHENS, 6 Oktober- Aktivis dari Sweeden, Greta Thunberg, penggerak misi Global Sumud Flotila (GSF) antara lebih 70 orang akan meninggalkan Israel hari ini.

Jumlah itu termasuk 28 warga Perancis, 27 warga Greece, 15 Itali dan sembilan Sweden. Kumpulan itu akan diterbangkan ke Greece sebelum meneruskan penerbangan ke negara asal masing-masing.

Semalam, 21 warga Sepanyol daripada 49 keseluruhannya telah meninggalkan negara haram itu. Termasuk 26 orang warga Itali. Manakala 15 lagi warga Itali masih menunggu proses kehakiman disebabkan keenganan mereka menandatangani borang kebenaran pembebasan sukralea mereka.

Dalam pada itu, beberapa aktivis Itali yang ditemui berkata, mereka telah menerima layanan hina oleh Israel. Manakala seorang aktivis dari Sepanyol yang tiba di tanah air semalam, Rafael Borrego mendakwa, kesemua tahanan GSF didera secara fizikal dan mental berulang kali termasuk dipukul dan dipaksa tunduk ke tanah.

Pada 2 Oktober lalu, kesemua 45 kapal GSF yang membawa bantuan berupa susu formula, makanan serta ubat-ubatan dipintas Zionis.

Kesemua mereka ditahan 72 jam sebelum dipaksa meninggalkan negara haram itu.

23 aktivis dari Malaysia yang menyertai misi berkenaan dijangka tiba hari ini. - AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH