fb fb fb fb fb

Gerai taco di bandar Mexico dianugerahkan Bintang Michelin

FOTO REUTERS

MEXICO, 18 Mei - Penduduk tempatan dan pelancong di sini, berpusu-pusu ke gerai taco yang menerima anugerah Bintang Michelin, iaitu pengiktirafan berprestij dalam dunia kulinari.

Gerai itu, El Califa de Leon yang terletak di kejiranan bandar Mexico menawarkan harga makanan yang murah dengan hanya 85 peso.

Rakan kongsi gerai Juan Hernandez Gonzalez memberitahu Reuters bahawa anugerah itu sesuatu yang mengejutkan dan dia menyifatkan ia satu penganugerahan tertinggi buatnya.

"Sejujurnya, saya memang tidak sangka. Ia satu kejutan yang tidak dijangka. Ia sesuatu yang tidak kami jangkakan. Kami tidak menjangka untuk memenangi anugerah dan mendapat hadiah. Anda tahu bahawa syarikat Michelin memberi tumpuan di Mexico," kata pemiliknya Mario Hernandez Alonso.

Gerai tersebut dibuka sejak tahun 1968 menerima kehadiran pelanggan yang ramai kerana menyajikan keenakan dan teknik masakan daging yang tersendiri.

"Kami datang ke Mexico. Dan kami telah mencuba 20,000 taco di sini, tetapi kami fikir, okey, mari cuba yang ini kerana nampaknya, ia sangat terkenal. Rakan kami dari Jerman cadangkan untuk mencuba makanan di gerai tersebut dengan mengatakan 'anda harus mencubanya'," kata pelanggan dari Jerman Leon.

"Saya datang ke sini berikutan berita bahawa mereka baru sahaja memperoleh Bintang Michelin. Saya fikir ia adalah sesuatu yang kami jangkakan di Mexico. Ia sangat luar biasa," kata Alejandro. - REUTERS

TETITIA YUSOFF