fb fb fb fb fb

Gencatan senjata: Arab Saudi sambut baik, Iraq buka semula ruang udara

Foto AFP

RIYADH, 24 Jun - Arab Saudi menyambut baik pengumuman gencatan senjata oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membabitkan perang Iran dengan Israel.

Kenyataan Kementerian Luar menyebut Riyadh mengalu-alukan pengumuman oleh Trump bahawa formula untuk perjanjian gencatan senjata telah dicapai antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, Iraq membuka semula ruang udaranya pada Selasa iaitu 12 hari selepas menutupnya di tengah-tengah perang Iran-Israel.

Pihak berkuasa penerbangan memaklumkan tindakan itu dilakukan berikutan penerimaan Israel terhadap rancangan gencatan senjata yang diumum Trump.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan pembukaan semula ruang udara Iraq kepada trafik udara antarabangsa berikutan penilaian menyeluruh mengenai situasi keselamatan termasuk penyelarasan dengan pihak berkuasa negara dan antarabangsa yang berkaitan.

Terdahulu, pada awal Selasa, Trump mengumumkan bahawa gencatan senjata antara Iran dan Israel kini berkuat kuasa, sambil menggesa kedua-dua pihak supaya mematuhi perjanjian itu.

“Gencatan senjata kini berkuat kuasa. Tolong jangan ingkarinya!” kata Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

NORAINI BINTI WAHIB