fb fb fb fb fb

Gempa bumi susulan 5.1 skala richter landa utara Mandalay, Myanmar

Peta gempa seperti yang dipaparkan oleh USGS

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda kira-kira 17 batu utara Mandalay, Myanmar pada petang Ahad selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan rantau itu dua hari sebelumnya.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku berhampiran bandar kedua terbesar Myanmar itu berlaku ketika siri gegaran susulan yang melanda Myanmar sejak gempa utama pada Jumaat.

USGS turut menjelaskan bahawa pusat gempa bumi terbaharu itu adalah cetek, meningkatkan kemungkinan gegaran kuat dirasai di darat.

Menurut USGS, satu lagi gegaran susulan berukuran 4.2 pada skala Richter turut melanda berhampiran Shwebo, kira-kira 68 batu barat laut Mandalay pada pagi Ahad.

Gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan direkodkan 17 kilometer di timur Shwebo di Wilayah Sagaing.

Menurut laporan media antarabangsa, setakat ini tiada laporan segera mengenai korban jiwa atau kerosakan besar akibat kejadian itu.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE