fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana gegar selatan Filipina

MANILA, 3 Jun- Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina hari ini, lapor Xinhua.

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina gempa pada pukul 2.54 pagi waktu tempatan (1854 Khamis GMT), melanda pada kedalaman 16 kilometer(km), kira-kira 31 km timur laut bandar Cagwait.

(Foto fail)

Gegaran turut dirasai di pulau Mindanao dan wilayah Leyte, tengah Filipina.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Media Baharu