BEIJING, 2 Disember - Satu gempa bumi bermagnitud 5.1 melanda 103 kilometer ke Timur-Tenggara (ESE) Teluk Dalam, Indonesia pada 1316 GMT pada Selasa, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.
Pusat gempa, pada kedalaman 50.9km, pada mulanya dikenal pasti berada pada latitud 0.38 darjah utara dan longitud 98.71 darjah timur.- BERNAMA-XINHUA