fb fb fb fb fb

Gempa bumi Jepun: Angka korban cecah 30 orang

Tangkap layar daripada rakaman video AFPTV menunjukkan sebuah kereta rosak ditinggalkan di tepi jalan di Wajima, wilayah Ishikawa, sehari selepas gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda rantau Noto/FOTO AFP

TOKYO, 2 Januari - Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar Jepun meningkat kepada 30 orang.

Pihak berkuasa tempatan berkata, manakala 14 yang lain mengalami cedera parah.

Susulan tragedi itu, separuh kematian direkodkan di bandar Wajima yang akibat kebakaran hingga memusnahkan ratusan bangunan.

Seorang pegawai bertugas dari Polis Wilayah Ishikawa berkata pihak berkuasa sedang menyiasat penemuan dua lagi mayat.

"Satu mayat ditemui di bandar Nanao dan satu di bandar Shika," katanya.

Angka itu disahkan selepas empat dilaporkan maut awal pagi tadi berikutan gempa yang melanda pulau utama Honshu.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun Fumioi Kishida berkata kejadian gempa bumi itu menyebabkan kebanyakan bangunan rosak dengan angka korban yang dijangka meningkat.

Orang ramai turut mengalami kecederaan di wilayah Niigata, Toyama, Fukui dan Gifu akibat bangunan runtuh atau rosak.

Pasukan mencari dan menyelamat juga sedang bertungkus-lumus dalam operasi itu namun berdepan halangan apabila laluan utama ke kawasan terjejas teruk mengalami kerosakan, - AFP

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN