fb fb fb fb fb

Gempa bumi di Indonesia, rosakkan lebih 100 rumah

Rumah yang terkesan akibat gempa / AFP

JAKARTA, 23 Mei- Gempa bumi berukuran 5.7 skala pada ritcher melanda berhampiran pulau Sumatera di Indonesia.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran akibat gempa tersebut merosakkan lebih 100 rumah.

Bagaimanapun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa.

Dilaporkan gempa berlaku pukul 2.52 pagi waktu tempatan pada kedalaman 68 kilometer (km), dengan pusat gempa terletak di luar pesisir berhampiran wilayah Bengkulu.

Sementara itu, menurut Agensi meteorologi Indonesia gempa tersebut mencatatkan ukuran lebih tinggi iaitu 6.0 pada skala ritcher dengan pusat gempa berkedalaman 84km.

Tiada amaran tsunami direkodkan.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Abdul Muhari berkata selain lebih 100 rumah rosak, gempa turut merosakkan sekurang-kurangnya enam kemudahan awam terletak di Kota Bengkulu.

"Di Kota Bengkulu, 140 rumah terkesan (akibat gempa), lapan daripadanya runtuh dan tidak boleh dibaiki," kata Abdul Said dalam sidang media.

Tambah beliau, di daerah Bengkulu Tengah pula, dua rumah rosak ringan akibat gempa tersebut.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID