(Foto REUTERS)
COLOMBIA, 18 Ogos- Gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud melanda ibu kota Colombia, Bogota.
Datuk Bandar Bogota, Claudia Lopez berkata gempa tersebut menyebabkan penduduk cemas sehingga mengakibatkan seorang wanita maut.
"Tragedi melanda di tenggara ibu negara dan penduduk telah melarikan diri ke tempat-tempat lapang seperti jalan raya.
"Seorang wanita meninggal dunia akibat terjatuh daripada tingkap semasa gempa bumi berkenaan.
"Tiada laporan mengenai kerosakan besar gempa tersebut," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata banyak laporan mengenai kejadian tanah runtuh di Villavicencio selepas gempa terbabit.
Gempa awal itu diikuti dengan gegaran susulan selang beberapa minit kemudian. - REUTERS
(Foto REUTERS)