MANILA, 3 Mei - Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda wilayah pulau Leyte di tengah Filipina hari ini dengan kerosakan dan gegaran susulan dijangka berlaku, kata agensi seismologi Filipina.
Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) merekodkan gempa itu pada magnitud 5.9 dan mengatakan kedalaman 10km.
Tiada laporan segera daripada pihak berkuasa Filipina mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa yang disebabkan oleh gempa bumi luar pesisir itu.
Negara kepulauan itu berada di "cincin api" Pasifik, di mana aktiviti gunung berapi dan gempa bumi merupakan perkara biasa.
“Orang ramai panik dan bergegas ke luar dari pusat beli-belah,” kata Harold Giganto, seorang pegawai polis di bandar pantai Dulag di Leyte ketika gempa bumi melanda.
Giganto berkata tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dan gegaran itu “agak kuat”.-REUTERS