fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.3 skala Richter landa selatan Peru

Foto hiasan

LIMA, 16 Jun- Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda pantai selatan Peru pada Ahad tetapi tiada ancaman tsunami, kata saintis.

Institut Geofizik Peru berkata gempa itu berpusat di Pasifik pada kedalaman 25 kilometer di luar pantai Arequipa.

Kerajaan memutuskan untuk tidak mengaktifkan sistem amaran tsunami.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat meletakkan magnitud 6.0 dan berkata pusat gempa berkedalaman 19.9 kilometer.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI