fb fb fb fb fb

Belanda menang 2-1 ke atas Poland

Pemain Belanda meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua semasa perlawanan Kumpulan D menentang Poland/ AFP

HAMBURG, 16 Jun- Belanda memperoleh kemenangan pembukaan 2-1 pada Euro 2024 dalam perlawanan menentang Poland pada Ahad.

Penyerang Liverpool, Gakpo menyamakan kedudukan selepas gol awal diberikan Adam Buksa untuk Poland di Volksparkstadion.

Belanda tidak mensia-siakan peluang sebelum pemain penyerang Weghorst menjaringkan gol pada minit ke-83, iaitu dua minit selepas dia masuk dari bangku simpanan.

"Kami mengawal tetapi kami harus lebih teratur. Kami sepatutnya menggunakan lebih banyak peluang kami," kata Gakpo.

"Kami perlu memberi pelukan kepada Wout. Semua pemain beraksi hebat hari ini."

Berpuluh-puluh ribu peminat Belanda ke utara Jerman, untuk menyaksikan perlawanan itu.

"Terdapat ramai peminat, lebih ramai daripada di Qatar (untuk Piala Dunia 2022)," tambah Gakpo. "Itu bagus, mereka ada di sini untuk kami dan kami mampu menghadapi masa sukar terima kasih kepada penyokong."

Juara Eropah 1988 itu akan menghadapi perlawanan lebih sukar kerana akan menentang pasukan pilihan utama Perancis pada aksi seterusnya dalam Kumpulan D pada Jumaat.

"Ia akan menjadi perlawanan yang berbeza menentang Perancis. Perancis mempunyai lebih kualiti berbanding Poland, mereka bermain dengan gaya berbeza, pasti menarik.

"Perlawanan itu sudah tentu kami mahu menang juga, kami mahu menewaskan mereka dan itu akan menjadi tumpuan kami." - AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI