fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.1 magnitud gegar Santorini dan Crete

www.britannica.com

ATHENS, 23 Mei – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan kawasan perairan antara pulau Crete dan Santorini di Greece pada Khamis, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran berlaku pada kedudukan 82 kilometer timur laut ibu kota Crete, Heraklion, dengan kedalaman 68 kilometer.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan serius dilaporkan setakat ini, meskipun kawasan tersebut telah mengalami ratusan gegaran kecil sejak Januari lepas.

Kesan gegaran telah menyebabkan beberapa sekolah di Santorini dan pulau-pulau sekitarnya ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

Pakar memaklumkan bahawa meskipun kawasan Aegean Sea sering mengalami gempa kerana pertembungan antara plat tektonik Afrika dan Anatolia, namun fenomena sekuat itu tidak pernah dicatat sejak tahun 1964.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD