fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.3 magnitud gegar tengah Pakistan

Foto hiasan

ISLAMABAD, 29 Jun-Gempa bumi bermagnitud 5.3 melanda kawasan tengah Pakistan awal pagi Ahad, menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran sederhana itu berlaku sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak kira-kira 60 kilometer di timur laut Barkhan, sebuah bandar di wilayah Balochistan.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan harta benda.

Pakistan terletak di kawasan pertemuan antara plat tektonik India dan Eurasia, menjadikan negara itu mudah terdedah kepada gempa bumi.

Wilayah berkenaan pernah mengalami bencana besar sebelum ini.

Pada 2015, gempa bumi bermagnitud 7.5 di Pakistan dan Afghanistan mengorbankan hampir 400 nyawa.

Negara itu turut menyaksikan tragedi besar pada 2005 apabila gempa bumi berukuran 7.6 magnitud meragut lebih 73,000 nyawa dan menyebabkan kira-kira 3.5 juta penduduk hilang tempat tinggal, di Kashmir.

Wilayah Balochistan, yang terbesar di Pakistan, juga pernah dilanda gempa pada 2021, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan lebih 10 yang lain.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD