fb fb fb fb fb

Gempa 5.7 skala Richter gegar timur laut Taiwan

Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

TAIPEI, 15 Ogos- Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter melanda daerah timur laut Taiwan, Yilan pada Khamis.

Menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA), gempa itu mempunyai kedalaman 9 kilometer (km) dan berada di luar pantai timur laut negara itu.

Bagaimanapun, tiada laporan awal mengenai kerosakan.

Insiden itu turut menggegarkan bangunan-bangunan di ibu negara, Taipei.

Sementara itu, menurut pihak berkuasa perkhidmatan kereta api bawah tanah di Taipei diteruskan pada kelajuan lebih rendah selepas gempa.

Taiwan terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik dan sering mengalami gempa.

Taiwan mencatatkan gempa bumi terkuat dalam tempoh 25 tahun pada April lalu yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan lebih 900 orang.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN