fb fb fb fb fb

Gelombang tsunami melanda di sepanjang Pantai Pasifik Jepun

Seluruh pantai Pasifik Jepun kini dilanda gelombang tsunami / Foto AFP

TOKYO, 30 Julai - Pihak berkuasa Jepun melaporkan berlaku gelombang tsunami di sepanjang Pantai Pasifik hari ini, susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia.

"Seluruh pantai Pasifik Jepun kini dilaporkan berlaku gelombang tsunami," menurut NHK World.

"Ombak kini setinggi 1.9 kaki di sepanjang beberapa bahagian pantai termasuk Pelabuhan Kuji dan bandar Hamanaka", kata NHK World.

Ketinggian ombak telah berkembang daripada 0.6 kaki pada awal pagi ini dan pihak berkuasa menjangkakan ia boleh mencapai setinggi 3 meter atau 9.8 kaki.

"Nasihat amaran tsunami akan dilaksanakan di seluruh Jepun untuk sekurang-kurangnya 24 jam akan datang," kata NHK World.

HASRON BIN HASSAN