fb fb fb fb fb

Dilanda tsunami : Rusia isytihar darurat di Kepulauan Kuril

Amaran tsunami di Jepun, Hawaii, Rusia, Ecuador serta Amerika Syarikat / Foto ALJAZEERA

MOSCOW, 30 Julai - Rusia mengisytiharkan darurat di kawasan yang dilanda tsunami susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka.

Pihak berkuasa di wilayah Sakhalin telah mengisytiharkan darurat di utara Kepulauan Kuril.

“Keadaan darurat telah diisytiharkan di Daerah Kuril Utara, di mana gempa bumi dan tsunami berlaku hari ini,” kata pihak berkuasa wilayah Sakhalin dalam satu kenyataan.

Gelombang tsunami telah merosakkan bangunan dan menyebabkan banjir kawasan tersebut.

Gempa bermagnitud 8.7 pada 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42 kilometer.

Amaran tsunami juga telah dikeluarkan di beberapa bahagian di rantau Pasifik termasuk Jepun, Hawaii, Rusia, Ecuador serta pesisir pantai barat Amerika Syarikat. -
AFP

HASRON BIN HASSAN