fb fb fb fb fb

Gaza: 57,823 terbunuh sejak konflik

Foto REUTERS

GAZA, 12 Julai - Jumlah korban rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 57,823 orang, manakala seramai 137,887 lagi cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel tercetus pada 2023, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza pada Jumaat.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 61 individu maut dan 231 cedera akibat operasi ketenteraan Israel di Gaza.

Antara yang terbunuh termasuk enam orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan.

Sejak tentera Israel menyambung semula serangan ketenteraan pada 18 Mac tahun ini, seramai 7,261 penduduk terbunuh, manakala 25,846 lagi cedera, menurut kenyataan. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD