fb fb fb fb fb

Gara-gara cuba ambil telefon terjatuh, lelaki terperangkap 36 jam dalam longkang

FOTO HIASAN

SYDNEY, 26 Mac- Seorang lelaki yang terperangkap dalam longkang selama 36 jam di Brisbane akhirnya berjaya diselamatkan petugas keselamatan.

Lelaki itu, dalam lingkungan 30-an terperangkap selepas cuba mendapatkan telefon bimbit yang terjatuh ke dalam longkang tersebut.

Selepas menolak tawaran bantuan awal daripada orang awam pada Ahad, dia terpaksa minum air longkang sambil mencari jalan keluar.

Perkhidmatan kecemasan akhirnya dimaklumkan ke tempat kejadian apabila seorang penduduk terdengar suara orang dari longkang sekitar pukul 11 pagi pada Isnin.

Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan Queensland memberitahu AFP bahawa anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian dapat mengangkat penutup longkang dan menyelamatkan lelaki itu.

Dia dikatakan mengalami kesan melecet pada tunuhnya dan hipotermia akibat terdedah kepada kesejukan.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Mater dan disahkan berada dalam keadaan stabil.

Brisbane dilanda cuaca basah dan hujan mencurah-curah sejak pagi Isnin.

Pejalan kaki James Lingwood memberitahu media tempatan dia sudah melihat lelaki yang terperangkap pada hari Ahad, mendengar jeritan datang dari longkang ketika sedang berjonging.

"Saya bertanya kepada dia 'adakan anda OK, boleh saya bantu', dia berkata 'tidak bro, saya baik-baik saja'," kata Lingwood kepada Courier Mail.

“Tetapi dia kelihatan baik-baik saja dan dia berkata dia boleh keluar daritempat dia masuk jadi saya tinggalkan dia sahaja.

"Saya mahu membantunya ketika pertama kali melihatnya, tetapi dia tidak mahu bantuan saya. Saya tidak fikir dia berada dalam bahaya besar pada masa itu", tambah Lingwood.

Tidak dipatikan sama ada lelaki itu mendapatkan semula telefonnya.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE