fb fb fb fb fb

Gabungan LDP-Ishin buka laluan pelantikan PM wanita pertama Jepun

Presiden LDP, Sanae Takaichi/REUTERS

TOKYO, 19 Oktober- Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) dan Parti Inovasi Jepun (Ishin) mencapai persefahaman untuk membentuk kerajaan campuran sekali gus membuka laluan kepada pelantikan Perdana Menteri wanita pertama negara itu.

Menurut laporan agensi berita Kyodo pada Ahad, perjanjian antara Presiden LDP, Sanae Takaichi dan Ketua Ishin, Hirofumi Yoshimura dijangka ditandatangani pada esok (20 Oktober).

Ishin akan menyokong Takaichi dalam undian pemilihan perdana menteri pada Selasa (21 Oktober), namun parti itu tidak akan menyertai Kabinet baharu pada peringkat awal.

Langkah tersebut hadir selepas rakan sekutu lama LDP, Komeito menarik diri daripada pakatan 26 tahun bulan ini, menyebabkan rundingan politik giat dijalankan bagi memastikan Takaichi menggantikan Perdana Menteri, Shigeru Ishiba.

LDP kini menguasai 196 daripada 465 kerusi Dewan Rendah Parlimen, masih kurang daripada 233 kerusi majoriti mudah.

Dengan penyertaan Ishin, gabungan itu memiliki 231 kerusi dan LDP dijangka mendapatkan dua lagi undi daripada parti-parti kecil untuk membentuk kerajaan. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM