fb fb fb fb fb

Frank Borman, manusia pertama keliling bulan meninggal dunia

Frank Borman/AFP

WASHINGTON, 10 November- Frank Borman, angkasawan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) yang mengetuai misi pertama manusia ke bulan menerusi misi Apollo 8 pada tahun 1968 dilapor meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Pentadbir NASA, Bill Nelson dalam kenyataan hari ini berkata, Borman meninggal dunia pada Selasa lalu di Billings, Montana.

Mendiang memulakan kerjayanya di Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai juruterbang pejuang, juruterbang ujian dan penolong profesor termodinamik di West Point.

Namun, dia lebih dikenang sebagai pelopor penerokaan angkasa lepas.

Borman mencatat rekod 14 hari di angkasa lepas semasa misi Gemini 7 pada tahun 1965 bersama angkawasan, Jim Lovell.

Mendiang kemudian mengetuai misi Apollo 8 dengan menjadi salah seorang daripada tiga manusia pertama untuk melihat serta mengambil gambar bahagian jauh bulan bersama dua angkawasan lain iaitu Lovell dan William Anders.

Selepas kerjayanya di NASA, beliau dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Airlines. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA