CATANIA, 28 September- Sebuah flotila kemanusiaan dikenali sebagai “Thousand Madleens” berlepas dari Catania, Sicily menuju ke Gaza, dengan membawa bekalan bantuan.
Inisiatif itu melibatkan kira-kira 50 bot awam disertai ahli parlimen, peguam dan aktivis, termasuk kempen alam sekitar Sweden, Greta Thunberg.
Pelayaran berkenaan bermula sehari selepas Global Sumud Flotilla (GSF) mencabar amaran Israel bahawa Zionis akan menggunakan apa sahaja cara bagi menghalang bot bantuan sampai ke Gaza.
Ketegangan serantau memuncak apabila penganjur GSF melaporkan konvoi mereka diserang dron awal minggu ini.
Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, insiden itu mendorong Itali dan Sepanyol menghantar kapal tentera laut bagi melindungi warganegara mereka serta peserta Eropah lain yang menyertai misi tersebut. -REUTERS