fb fb fb fb fb

Filipina beli 12 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan

Pesawat tempur ringan FA-50 Block 70

MANILA, 14 Jun - Jabatan Pertahanan Negara (DND) Filipina pada hari Sabtu mengesahkan pemerolehan 12 pesawat tempur ringan FA-50 Block 70 daripada Korea Aerospace Industries, Ltd (KAI) dari Korea Selatan sebagai sebahagian daripada program pemodenan Angkatan Tentera negara itu, menurut laporan Xinhua.

Kontrak tersebut, yang bernilai lebih daripada AS$700 juta (RM3.29 bilion), telahdimuktamadkan awal bulan ini dengan pengeluaran notis untuk meneruskan pelaksanaan.

Menurut DND, pemerolehan ini merangkumi peralatan misi, sokongan logistik bersepadu, serta sistem maklumat latihan dan logistik.

FA-50 Block 70 merupakan evolusi terkini platform FA-50, yang menampilkan avionik canggih, sistem radar moden, dan jarak operasi yang dipertingkatkan.

DND menyatakan bahawa penghantaran pesawat ini akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan penyempurnaan penuh dijangka menjelang tahun 2030. - BERNAMA-XINHUA

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE