MOSCOW, 14 Julai – Hampir 3,000 peserta membanjiri terusan utama ibu kota Rusia pada Ahad untuk menyertai festival papan dayung berdiri tahunan.
Acara penuh warna-warni "What’SUP, Moscow" itu menyaksikan peserta mendayung sambil mengenakan pelbagai kostum kreatif dan unik.
Watak yang mencuri tumpuan termasuk Darth Vader, katak, lipas, kapal selam, dan banyak lagi.
Festival diadakan sempena Hari Pengangkutan Mosvow - Viory
“Ia sungguh menyeronokkan. Suasana sangat meriah. Semua orang gembira. Kostum dipakai peserta juga memang luar biasa,” kata Dmitri, salah seorang peserta festival.
Festival ini diadakan bersempena sambutan Hari Pengangkutan Moscow, yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan kostum dan persembahan hiburan.
Acara ini menjadi satu lagi contoh bagaimana bandaraya Moscow terus menggalakkan komuniti untuk aktif dan meraikan kepelbagaian dengan cara yang menyeronokkan dan inklusif. - VIORY