fb fb fb fb fb

Israel larang nelayan Gaza tangkap ikan

Israel mengeluarkan larangan aktiviti di laut termasuk menangkap ikan - Reuters

GAZA, 14 Julai – Nelayan di Gaza meluahkan kebimbangan susulan amaran terbaharu dikeluarkan tentera Israel pada Sabtu, mengenai larangan aktiviti menangkap ikan di perairan pesisir Gaza.

Walaupun berdepan sekatan ketat, ramai nelayan di Gaza tetap meneruskan aktiviti menangkap ikan kerana tiada pilihan lain untuk menyara hidup.

Namun, mereka melihat amaran baharu ini sebagai petanda yang akan memburukkan lagi krisis kebuluran di wilayah itu.

1407 LNR NELAYAN GAZA BIMBANG 2Larangan menangkap ikan oleh Israel akan memburukkan lagi krisis kebuluran di Gaza - Reuters

Dalam kenyataan pada Sabtu, tentera Israel menegaskan aktiviti di laut adalah dilarang sama sekali, termasuk untuk perenang, nelayan dan penyelam.

Menurut laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada Mei lalu, seramai 500,000 penduduk Gaza kini berdepan kebuluran.

Laporan itu mencatat kemerosotan ketara dalam keselamatan makanan sejak laporan terakhir pada Oktober, selari dengan amaran dari agensi-agensi antarabangsa mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.

1407 LNR NELAYAN GAZA BIMBANG 3Seramai 500,000 penduduk Gaza kini berdepan kebuluran - Reuters

IPC mernjangkakan 2.1 juta penduduk Gaza mengalami kekurangan zat makanan menjelang akhir September, dengan 469,500 daripadanya berisiko mencapai tahap "malapetaka".

Keadaan itu diburukkan lagi dengan sekatan Israel dari awal Mac lalu.

Walaupun sebahagian makanan kini dibenarkan masuk, namun agensi bantuan kemanusiaan menegaskan jumlahnya masih jauh daripada mencukupi. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK