SYDNEY, 26 Februari- Bekas peguam negara dan Pegawai Perikanan Feleti Teo dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu Tuvalu. Ia selepas beliau dipilih tanpa ditentang oleh penggubal undang-undang di negara Kepulauan Pasifik itu, kata pegawai.
Bekas Perdana Menteri Kausea Natano kehilangan kerusinya dalam pilihan raya umum pada 26 Januari lalu untuk mendapatkan pengaruh di Pasifik Selatan.
Tuvalu, memiliku populasi penduduk kira-kira 11,200 orang di sembilan pulau.
Teo menerima sokongan sebulat suara daripada 16 ahli parlimen.
Teo, mempunyai pendidikan di New Zealand dan Australia, merupakan peguam negara pertama Tuvalu dan mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun sebagai pegawai kanan dalam industri perikanan yang juga penyumbang pendapatan terbesar di rantau itu.
"Feleti Teo telah diisytiharkan oleh Gabenor Jeneral sebagai Perdana Menteri untuk Tuvalu," kata pegawai pilihan raya Tuvalu, Tufoua Panapa, dalam satu kenyataan..
Ahli parlimen Tuvalu Simon Kofe mengucapkan tahniah kepada Teo dalam satu hantaran di media sosial.
"Ini adalah kali pertama dalam sejarah kita seorang Perdana Menteri dicalonkan tanpa bertanding," katanya.
Hanya satu pencalonan telah dihantar kepada Gabenor Jeneral, sebelum pengundian rasmi oleh penggubal undang-undang pada Isnin.
Menurut beberapa penggubal undang-undang, terdapat gesaan untuk mengkaji semula perjanjian yang ditandatangani dengan Australia pada November, yang membolehkan Canberra menyemak kerjasama polis, pelabuhan dan telekomunikasi Tuvalu dengan negara lain. Ia sebagai timbal balas kepada jaminan pertahanan dan membenarkan penghijrahan rakyat berikutan kenaikan paras laut.
Perjanjian itu dilihat sebagai usaha untuk mengekang pengaruh China yang semakin meningkat sebagai penyedia infrastruktur di Kepulauan Pasifik.
Bagaimanapun kedudukan Teo mengenai hubungan Taiwan, dan pakatan keselamatan dan migrasi Australia, belum didedahkan kepada umum.
Kementerian Tuvalu juga dijangka diputuskan pada hari ini.- REUTERS