fb fb fb fb fb

Doktor pelatih terlibat protes, Korea Selatan beri masa sehingga akhir Februari

Doktor pelatih Korea Selatan berarak ke Pejabat Presiden untuk membantah dasar perubatan kerajaan di Seoul/REUTERS

SEOUL, 26 Februari- Kerajaan Korea Selatan memberi masa sehingga akhir Februari kepada doktor pelatih untuk kembali bekerja atau berisiko dihukum kerana mengadakan bantahan selama seminggu yang telah mengganggu perkhidmatan untuk pesakit di beberapa hospital utama.

Dua pertiga daripada penduduk negara itu dan doktor pelatih berhenti kerja untuk melakukan bantahan berkenaan rancangan kerajaan untuk menambah bilangan pelajar dalam sektor itu diterima masuk ke institusi perubatan dalam usaha menangani isu kekurangan doktor.

Protes itu telah memaksa hospital tidak menerima pesakit dan membatalkan prosedur.

"Memandangkan keadaan teruk, kerajaan mengeluarkan rayuan terakhir," kata Menteri Keselamatan Lee Sang-min pada pembukaan mesyuarat pasukan petugas, sambil menambah keadaan huru-hara semakin memuncak di hospital dan perkhidmatan kecemasan telah mencapai pada tahap kritikal.

"Jika anda kembali ke bertugas pada 29 Februari ini, anda tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah berlaku," katanya.

"Kami menggesa anda untuk ingat suara anda akan didengari dengan kuat apabila anda berada di sisi pesakit."

Kerajaan sebelum ini memberi amaran berkenaan tindakan undang-undang akan diambil terhadap doktor yang tidak mematuhi perintah untuk kembali bekerja Perkara itu termasuk pendakwaan, kemungkinan penahanan dan pelucutan lesen perubatan mereka.

Sementara itu Timbalan Menteri Kesihatan Park Min-soo berkata, mereka yang tidak pulang sebelum 1 Mac akan menghadapi penggantungan minimum tiga bulan lesen perubatan mereka antara tindakan undang-undang lain.

Ramai rakyat Korea Selatan menyokong rancangan yang diterajui oleh Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol.

Dalam pakej pelan dasar untuk menambah baik perkhidmatan perubatan, kerajaan berkata ia akan menambah bilangan pelajar baharu sebanyak 2,000 setahun dan memperluaskan perlindungan undang-undang terhadap saman penyelewengan serta pendakwaan.

Ia juga merancang untuk memberi insentif kepada doktor pelatih dalam bidang penting seperti pediatrik dan pembedahan am selain memberi tumpuan yang kekurangan doktor.

Bagaimanapun beberapa doktor berkata, rancangan kerajaan itu bertujuan untuk meraih lebih banyak undi dalam pilihan raya umum pada April.

Profesor Perubatan di Universiti Kebangsaan Seoul dalam satu kenyataan berkata, salah satu institusi perubatan terkemuka di negara itu, menggesa pihak berkuasa menangguhkan perbincangan rancangan itu sehingga selepas pilihan raya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI