fb fb fb fb fb

Hukuman terhadap ejen pelancongan dikenakan susulan tragedi gunung berapi

Seorang lelaki meletakkan bunga di tugu peringatan di pelabuhan di Whakatane, berikutan letusan gunung berapi White Island di New Zealand/REUTERS

WELLINGTON, 26 Februari- Hukuman terhadap ejen pelancongan dan pengurus sebuah pulau di New Zealand berikutan letusan gunung berapi yang mengorbankan 22 individu pada 2019. Kebanyakannya merupakan pelancong.

Pendakwa raya memberi amaran kepada mereka yang dikenakan hukuman berkemungkinan tidak mampu membayar denda tersebut.

Terdapat 47 orang di White Island, juga dikenali dengan nama Maori Whakaari, apabila gunung berapi itu meletus pada 9 Disember 2019.

Ramai daripada mangsa yang terselamat melecur teruk akibat terbakar selain terpaksa menghidu gas daripada letusan itu dan abu. Kebanyakan mangsa adalah pelancong dari negara termasuk Australia, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Pengendali pelancongan White Island Tours, Volcanic Air Safaris, Kahu New Zealand dan Aerius, bersama-sama pemilik korporat pulau itu, Whakaari Management Limited, dijatuhkan hukuman atas sekurang-kurangnya satu pertuduhan jenayah yang berkaitan dengan kekurangan tenaga keselamatan dan pelawat pulau.

Setiap pertuduhan membawa boleh dikenakan denda maksimum NZ$1.5 juta ($924,750.00).

Kirsty McDonald, pendakwa bagi pengawal selia tempat kerja Worksafe berkata, mereka yang dijatuhkan hukuman tidak mempunyai keupayaan untuk membayar denda tetapi harus mengenakan penalti kewangan yang sewajarnya walaupun mereka tidak dibayar.

"Kecederaan yang ditimbulkan adalah tidak dapat diukur," kata McDonald dalam kenyataan pembukaannya. "Terdapat kehilangan nyawa yang besar."

White Island merupakan gunung berapi aktif, terletak sekitar 50 kilometer di luar pesisir dari bandar Whakatane di pantai timur Pulau Utara dan telah menjadi destinasi pelancongan popular sebelum letusan itu terjadi.

Bagaimanapun pelancong tidak lagi dapat melawat pulau itu.

Mangsa dan keluarga mereka akan membacakan kenyataan mengenai kesan letusan itu terhadap kehidupan mereka sebelum hakim menjatuhkan hukuman dan memerlukan bayaran ganti rugi selewat-lewatnya minggu depan.

McDonald berkata White Island Tours mempunyai NZ$5 juta dan Volcanic Air mempunyai NZ$300,000 tersedia untuk pembayaran ganti rugi melalui insurans. Sementara itu entiti lain tidak mempunyai dana untuk membayar ganti rugi.

Sementara itu, Institut Penyelidikan Geological Nuclear Sciences yang dibiayai kerajaan akan dijatuhkan hukuman pada minggu ini kerana kegagalannya memastikan kesihatan dan keselamatan juruterbang helikopter yang membawa saintis ke pulau itu.

Namun pertuduhan tersebut tidak berkaitan dengan kejadian pada hari kejadian.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI