fb fb fb fb fb

Facebook dan Instagram benarkan pengguna kecam Rusia

(FOTO AFP)

NEW YORK, 11 Mac- Meta Platforms akan membenarkan pengguna Facebook dan Instagram di beberapa negara untuk menyeru tindakan keganasan terhadap Rusia serta tenteranya dalam konteks pencerobohan ke atas Ukraine.

Pemberian kebenaran itu sekali gus menyaksikan perubahan sementara terhadap dasar syarikat media sosial itu berhubung ucapan berbaur kebencian.

Malah, syarikat itu juga memberi kebenaran sementara untuk beberapa hantaran menyeru kematian terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin, atau Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, di beberapa negara termasuk Rusia, Ukraine dan Poland, menurut sejumlah kenyataan e-mel dalaman kepada pengendali kandungannya.

"Susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kami memberi kebenaran sementara untuk ekspresi politik yang lazimnya bertentangan dengan peraturan kami, sebagai contoh ucapan ganas seperti 'matilah penceroboh daripada Rusia."

"Namun, kami masih tidak membenarkan seruan keganasan terhadap orang awam Rusia," kata jurucakap Meta dalam satu kenyataan.


(FOTO GETTY IMAGES)

Menurut satu e-mel terbabit, seruan agar pemimpin berkenaan maut akan dibenarkan kecuali sekiranya ia mengandungi sasaran lain atau mempunyai dua petunjuk kredibiliti seperti lokasi atau kaedah.

Perubahan sementara dasar berhubung seruan keganasan itu diguna pakai di Armenia, Azerbaijan, Estonia, Georgia, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Russia, Slovakia dan Ukraine, menurut satu e-mel terbabit. - REUTERS

Media Baharu