fb fb fb fb fb

Aset tiga bank Belarus disekat, umum bantuan kemanusiaan ke Ukraine - Jepun

(Bantahan penduduk Tokyo terhadap operasi tentera Rusia di Ukraine/AFP) 

TOKYO, 11 Mac- Kerajaan Jepun akan membekukan aset tiga bank Belarus beberapa hari selepas Kesatuan Eropah (EU) bersetuju memperketatkan sekatan terhadap Minks atas sokongannya kepada pencerobohan Rusia di Ukraine.

Tokyo turut mengumumkan dana bantuan AS$100 juta kepada Ukraine dan negara jirannya bagi membantu rakyat Ukraine yang terpaksa melarikan diri dari peperangan.  

Sekatan terbaru Tokyo terhadap Belarus itu akan berkuat kuasa 10 April ini, langkah diambil ketika Jepun dan rakan G7 lain menekan Moscow dengan beberapa siri tindakan terhadap institusi kewangan dan eksport termasuk barangan semikonduktor.

Sebelum ini, Jepun telah mengumumkan sekatan terhadap Preside Belarus, Alexander Lukashenko.

Awal minggu ini, EU memberi kebenaran untuk memotong sistem maklumat SWIFT tiga bank Belarus susulan penglibatan dalam serangan di Kremlin.

SWIFT adalah sistem pemesejan selamat untuk pembayaran rentas sempadan dan pantas sekali gus menjadikan perdagangan antarabangsa lebih lancar.

Tiga bank tersebut ialah Belagroprombank, Bank Dabrabyt, dan Bank Pembangunan Republik Belarus, menurut Kementerian Luar Jepun.

Kementerian itu menyatakan AS$100 juta bantuan akan dihantar ke Ukraine, Poland, Hungary, Moldova, Slovakia and Romania menerusi organisasi antarabangsa, reaksi kepada keperluan mendesak seperti isu kesihatan, tempat tinggal dan perlindungan kanak-kanak.

Terdahulu Kongres Amerika Syarikat mengumumkan kelulusan rang undang-undang perbelanjaan 2022, termasuk hampir AS$14 bilion untuk bantuan kemanusiaan dan ketenteraan kepada Ukraine. -AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu