fb fb fb fb fb

EU sokong perjanjian subsidi perikanan WTO

(Sekumpulan burung mengelilingi bot nelayan di perairan Point Judith
di Narragansett, Rhode Island/REUTERS)

BRUSSELS, 26 Mei- Kesatuan Eropah (EU) meluluskan perjanjian bersejarah yang melarang subsidi perikanan.

Selepas lebih dua dekad rundingan ke arah mengharamkan subsidi yang menggalakkan penangkapan ikan berlebihan dan mengancam kemampanan stok ikan di seluruh dunia, perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) itu akhirnya dimeterai Jun lalu.

Kanada dan Emiriah Arab Bersatu menerimanya awal bulan ini, setelah Amerika Syarikat berbuat demikian pada April.

Iceland, Seychelles, Singapura dan Switzerland juga secara rasmi menerima perjanjian itu.

"Ini adalah langkah yang sangat positif untuk pembangunan mampan dan langkah yang sangat positif oleh EU. Saya sangat berharap lebih banyak ahli WTO akan mengikutinya," kata Menteri Perdagangan Sweden, Johan Forssell kepada pemberita di sini.

"Dalam Persidangan Menteri WTO akan datang, kita sepatutnya membincangkan langkah seterusnya mengenai subsidi perikanan," kata Pesuruhjaya Perdagangan EU, Valdis Dombrovskis, selepas Mesyuarat Menteri Perdagangan EU di ibu negara Belgium. -AFP

(EU sokong perjanjian subsidi perikanan WTO/Foto Jabatan Perikanan Malaysia)

Media Baharu